logo
logo

    Courses

    Institutions

Yayasan Terengganu sedia RM20 juta untuk pelajar masuk universiti

Afterschool

Afterschool

May 23, 2016





Yayasan Terengganu (YT) sedia wang berjumlah RM20 juta untuk membantu pelajar baru ke universiti awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta tahun ini. yayasanterengganu Menurut Pengarah YT, Mohamad Sulong, pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke universiti diminta mengisi borang permohonan dalam talian manakala wang bantuan kemasukan akan diagihkan secara tunai menerusi program di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian bagi kategori sijil dan matrikulasi akan menerima RM500, diploma (RM750) serta RM1,000 untuk peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah. "Proses kelulusan permohonan untuk pelajar peringkat sijil dan matrikulasi sudah selesai manakala pengagihan akan dibuat akhir bulan ini," katanya lagi. Mohon bantuan kewangan di Yayasan Terengganu di sini. AS-Biasiswa-600x200- (1)