
Afterschool
March 21, 2016
Colette Bourlier, memperoleh Ph.Dnya pada usia 91 tahun, menjadikan dirinya orang paling tua mendapat ijazah tersebut di Perancis.
Beliau menulis tesis yang berjudul "Pekerja imigran yang bekerja di Besancon pada separuh terakhir abad ke-20".
Beliau berminat untuk meneruskan pengajian Ph.D sejak beliau bersara sebagai seorang guru pada tahun 1983. Pengalaman bekerja sebagai guru dalam program mengajar membaca di kalangan imigran di bandar Besancon menyebabkan beliau memulakan kajiannya tiga dekad lalu di Universiti Franche-Comte, di Besancon, timur Perancis.
"Ia mengambil masa yang lama untuk saya tulis kerana saya banyak berehat," kata Bourlier, yang menerangkan mengapa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tesisnya. Professornya memuji kajiannya dengan berkata ia dilakukan dengan penuh teliti dan analisis statistik yang kukuh.