logo
logo

    Courses

    Institutions

Tiada biasiswa untuk keluarga mangsa MH370

Afterschool

Afterschool

July 14, 2016





Masih tiada biasiswa untuk keluarga mangsa MH370 seperti yang dijanjikan oleh beberapa syarikat besar dua tahun lalu. Tiada biasiswa untuk keluarga mangsa MH370 Pada 2014, sebuah dana ditubuhkan untuk menampung kos pendidikan sehingga peringkat tinggi anak-anak kru MH370. Eu Yan Sang dan Genting Group merupakan dua organisasi yang masing-masing membuat perjanjian untuk menderma RM500,000. Bagaimanapun, sehingga hari ini status pemberian dana pendidikan tersebut masih samar dan ahli keluarga kru MH370 masih belum menerima apa-apa bantuan kewangan. Berdasarkan laporan New Straits Times (NST), isteri kepada ketua pramugara MH370, Wan Swaid Wan Ismail, Nur Laila Ngah berkata, masih belum ada bantuan pendidikan diberikan kepada anak-anaknya yang berusia antara 10 dan 14 tahun. “Kami ada dengar tentang beberapa yayasan yang menawarkan bantuan untuk membantu anak-anak kami ketika berita kehilangan pesawat diumumkan, namun kami tidak dihubungi oleh mana-mana pihak,” ujar Laila. Mohon biasiswa-biasiswa ini di musim Raya! Klik di sini untuk baca lebih lanjut tentang PTPTN AS-Biasiswa-600x200- (1)