
Afterschool
April 14, 2016
Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SKM yang telah mengemukakan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier, Konvensional / METrO bagi tahun pengambilan Jun 2016 boleh membuat semakan status permohonan berkenaan dengan mengikuti setiap butiran tarikh-tarikh penting yang telah disediakan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.
Calon yang terbabit dengan permohonan ini boleh merujuk kepada butiran / perkara dan tarikh penting yang disertakan sebagai rujukan mahupun membuat persediaan dalam menunggu keputusan diumumkan.
| Tarikh | Perkara |
| 15 April | Semakan Panggilan Temuduga (untuk calon-calon yang memohon program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja) |
| 15 Mei (2 petang) | Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier |
| 26 Mei (2 Petang) | Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO |
| 30 Mei (2 petang) | Kemasukan ke Program Diploma untuk Lulusan Selain SPM |
| 30 Mei (2 petang) | Kemasukan ke Program Diploma Lanjutan, Naik taraf Pra-Diploma & Sijil Kemahiran Khas |
| 12/13 Jun | Pendaftaran |