
Afterschool
October 25, 2017
Berita baik untuk pelajar semester akhir pengajian yang buntu memilih tempat latihan praktikal yang terbaik dan lepasan graduan kurang daripada tempoh 6 bulan, anda boleh memohon untuk menjalani latihan praktikal/ latihan siswazah di syarikat-syarikat terkemuka yang terletak di negara-negara ASEAN dalam pelbagai bidang mengikut bidang pengajian anda. Inilah masanya untuk anda buktikan keupayaan anda itu.
Anda yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut :
Sila ambil perhatian bahawa semua permohonan adalah tertakluk kepada keperluan dalaman syarikat. Anda boleh memohon sekarang dan pihak talentcorp akan bantu membuat permohonan ke syarikat-syarikat besar ini. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan dipilih oleh syarikat berkenaan, peluang terbaik untuk anda memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang tidak ternilai yang penting untuk pertumbuhan kerjaya di masa hadapan kelak. Jika menunjukka prestasi yang baik, jangan terkejut jika anda akan terus ditawarkan bekerja dengan syarikat berkenaan.
PROSES & KAEDAH PERMOHONAN
Tempoh permohonan diproses adalah 2 minggu hingga ke sebulan bergantung kepada saringan pemilihan yang dibuat oleh pihak syarikat. Permohonan ini juga tiada tarikh tutup dan dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, digalakkan untuk membuat permohonan lebih awal untuk peluang yang lebih cerah. Sekiranya anda ingin membuat permohonan, boleh kemukakan permohonan terus dengan KLIK DISINI. SEMOGA BERJAYA!