
Afterschool
July 4, 2016
Sembilan pelajar tersebut telah mendapat tempat di universiti luar negara dan memerlukan RM750,000 untuk menampung yuran pengajian tahun pertama mereka di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
Wakil pelajar-pelajar tersebut, Ung Lik Teng memaklumkan jumlah yang dinyatakan itu hanyalah jumlah minimum, memandangkan mereka akan bekerja separuh masa untuk menampung kos kehidupan di luar negara.
“Kami telah mengadakan beberapa rundingan dengan kerajaan untuk membantu mengembalikan semula biasiswa luar negara JPA untuk pelajar-pelajar ini, namun rundingan tersebut gagal,” kata Ung.
Jika anda berminat untuk membantu pelajar-pelajar ini mengecapi impian mereka, anda boleh menghubungi Ung melalui emel di atunglikteng@gmail.com atau hubungi nombor 011-3224 8215.
