
Afterschool
April 27, 2016
Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohamad Sulong berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan akibat beberapa faktor terutama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.
“Sebelum ini, kita hanya membelanjakan kira-kira RM40 juta untuk pelajar ke luar negara, namun, jumlah tersebut meningkat sejak kebelakangan ini akibat daripada kejatuhan mata wang ringgit.
“Walaupun dengan keadaan ekonomi dan kedudukan pertukaran mata wang kurang stabil, kita akan kekal menaja pengajian keluar negara dalam pelbagai bidang,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat YT.
Setakat ini, terdapat 625 pelajar anak Terengganu yang sedang berada di luar negara untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dan seramai 119 pelajar akan menamatkan pengajian mereka tahun ini.
--Sinar Harian