
SYARAT DAN PROSEDUR PERMOHONAN
Syarat-syarat Kelayakan Pelajar yang layak menyertai program Gap Year mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
- Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan
- Pelajar tahun kedua dan ke atas yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Tempoh program Gap Year yang ingin disertai tidak melebihi satu tahun pengajian akademik
- Pelajar hanya dibenarkan untuk menyertai SATU kali sahaja program Gap Year sepanjang pengajian
- Mengemukakan surat sokongan daripada pihak penaja pengajian seperti MARA, JPA dan sebagainya
PROSUDER PERMOHONAN
Pelajar yang berminat menyertai program Gap Year hendaklah melalui prosedur berikut :
- Mengemukakan permohonan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan
- Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Pelajar-Pelajar yang menyertai program Gap Year mestilah :
- Melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan permohonan Gap Year – Kesukarelawanan dan Gap Year – Kesukarelawanan Khidmat Negara
- Mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa
- Menjaga nama baik kementerian, universiti dan agensi
- Mematuhi etika dan peraturan agensi sepanjang melaksanakan program Gap Year
- Menyediakan laporan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh universiti peneraju dan agensi masing-masing