
Afterschool
January 10, 2017
Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak akan menjadikan anda seorang penganggur terhormat setelah tamat pengajian kelak. Anda perlu bijak untuk mengatur urus kehidupan sendiri dengan mencari dan merebut peluang yang hadir disekeliling anda. Antara peluang tersebut adalah belajar sambil menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Kemungkinan selepas menamatkan pengajian kelak anda tidak perlu lagi mengusung resume untuk memohon pekerjaan dan kemungkinan anda mungkin menjadi majikan kepada rakan anda yang sedang mencari kerja.
Dalam bajet 2017, telah diumumkan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Skim ini telah pun berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2036, dimana pelajar pusat pengajian boleh menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma. Sejumlah 10 juta ringgit geran telah diperuntukkan untuk skim ini dan berlangsung selama 10 tahun dengan peruntukkan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak. Bagi anda yang berminat untuk memohon skim ini berikut dikongsikan syarat dan cara mendaftar perniagaan menerusi skim ini.
SYARAT PERMOHONAN SKIM
CARA MEMOHON
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh mengubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. Jadi tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang untuk menjadi majikan kepada rakan anda!.