logo
logo

    Courses

    Institutions

Singapura wajibkan pelajar bersihkan sekolah setiap hari

Afterschool

Afterschool

March 17, 2016





Singapura wajibkan pelajar bersihkan sekolah: Singapura hari ini mewajibkan pelajar sekolah di republik tersebut untuk membersihkan sekolah setiap hari sebagai langkah untuk melatih warganya untuk menjadi warga yang prihatin tentang kebersihan. singapore, Singapura wajibkan pelajar bersihkan sekolah   Menteri Pendidikan republik tersebut, Ng Chee Meng berkata, penghujung 2016 ini, pelajar di semua sekolah di seluruh Singapura dari sekolah rendah dan sekolah menengah diwajibkan dalam aktiviti membersihkan sekolah. Jadual untuk membersihkan sekolah itu bagaimanapun bersifat fleksibel - ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu persekolahan, sama ada sebelum mulanya jadual persekolahan, waktu rehat, atau sebelum pulang dari sekolah. Ng menegaskan bahawa dengan langkah ini, ia dapat memupuk sikap menjaga kebersihan di kalangan pelajar sekolah, selain menggalakkan sikap bertanggungjawab dan pembangunan karektor yang mampu berdikari serta mengajar pelajar untuk mengetahui kepentingan kebersihan.