
Afterschool
October 29, 2018
Dunia dikejutkan dengan berita nahas pesawat Lion Air #JT610 Indonesia yang terhempas semalam. Untuk makluman, pesawat ini membawa 188 penumpang termasuk anak kapal menuju ke Pangkal Pinang, Sumatera dari Jakarta. Dilaporkan juga, kemungkinan semua penumpang tiada seorang pun yang selamat. Jurucakap operasi menyelamat melaporkan, hanya barang milik penumpang sahaja ditemui terapung di laut sekitar kawasan terhempas, manakala ke semua mangsa belum ditemui.

Pesawat telah dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa dalam penerbangan awalnya dari Denpasar ke Cengkerang (Jakarta). Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memaklumkan bahawa masalah tersebut telah pun diselesaikan mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum dibenarkan berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Pangkal Pinang. Walau bagaimanapun, selepas berlepas lebih kira 13 minit, pesawat telah hilang dan dikatakan menjunam ke dalam laut. Operasi menyelamat masih giat dijalankan sehingga kini.

Pernahkah anda tertanya siapakah pihak yang bertanggungjawab membenarkan sesebuah pesawat berlepas sekaligus menjamin keselamatan penumpang dan anak kapal?. Mereka adalah individu yang memiliki lesen penyelenggaraan kapal terbang, tidak kira juruteknik atau jurutera penyelenggaraan kapal terbang semuanya terlibat dalam memastikan pesawat berada dalam keadaan yang baik sebelum boleh diterbangkan.

Pesawat merupakan salah satu ciptaan manusia yang paling hebat, disebalik individu yang menciptanya terhadap individu-individu lain yang belajar untuk membaik pulih semua masalah teknikal yang dihadapi oleh sesebuah pesawat. Setiap daripada mereka, boleh memilih pelbagai jenis lesen penyelenggaraan yang melibatkan pesawat. Berikut kami kongsikan senarai lesen-lesen berkenaan :
Kategori A (Aircraft Maintenance Technician)
Sub-kategori (bahagian enjin pesawat):
i) A1 - Aeroplanes Turbine
ii) A2 - Aeroplanes Piston
iii) A3 - Helicopters Turbine
iv) A4 - Helicopters Piston
b) KategorI B1 (Aircraft Maintenance Engineer – Mechanical)
Sub-Kategori (bahagian enjin pesawat):
i) B1.1 - Aeroplanes Turbine
ii) B1.2 - Aeroplanes Piston
iii) B1.3 - Helicopters Turbine
iv) B1.4 - Helicopters Piston
c) Category B2 (Aircraft Maintenance Engineer – Avionics) (semua peralatan elektronik yang digunakan oleh pesawat)
Individu yang memiliki lesen penyelenggaraan pesawat bertanggungjawab dalam menyelenggara pesawat dan memastikan pesawat berada dalam keadaan yang baik sebelum boleh diterbangkan. Berbalik kepada nahas yang berlaku, Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memaklumkan bahawa pesawat mengalami masalah teknikal pada awal penerbangan, walau bagaimanapun pesawat tersebut telah dibaiki dengan mengikut segala prosuder yang ditetapkan, tetapi kemungkinan yang tinggi pesawat berkenaan tidak diselenggara dengan baik tetapi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa oleh mereka yang bekerja di bahagian penyelenggaraan pesawat.

Untuk menghentikan pengangkutan udara bagi mengelakkan nahas yang sama berlaku, adalah sesuatu yang mustahil tetapi jika anda memiliki kepakaran dalam bidang ini, anda boleh menyumbang kepakaran tersebut seterusnya memastikan keselamatan penumpang yang menggunakannya setiap hari. Sekiranya anda tertanya dan berminat ingin belajar cara bagaimana hendak menyelenggara pesawat, anda boleh KLIK DISINI untuk baca perkongsian kami mengenai kursus dan institusi yang menawarkannya di Malaysia.

Walaupun pekerjaan ini mempunyai risiko yang sangat tinggi kerana nyawa penumpang terletak di tangan anda yang menyelenggara pesawat selain juruterbang dan pembantunya, ianya tetap sesuatu yang hebat jika anda pakar dalam bidang ini kerana di tangan anda juga boleh menyelamatkan nyawa ramai orang selain membantu memudahkan dan mempercepatkan perjalanan. Akhir kata, ucapan takziah dari kami untuk semua keluarga mangsa yang terlibat.