
Afterschool
December 7, 2016
Lelaki berketurunan Somalia ini yang dikatakan membuat serangan tersebut.[/caption]
Seramai 296 orang Pelajar Malaysia telah dilaporkan selamat berikutan serangan di Ohio State University di Amerika Syarikat pada Isnin lalu. Jaminan keselamatan tersebut telah dibuat oleh Pejabat Pendidikan Malaysia di Washington DC.
Media Amerika melaporkan, seorang pelajar universiti berketurunan Somalia telah merempuh kawasan kaki lima di Columbus, Ohio dengan kenderaanya sebelum bertindak menyelar pelajar lain dengan pisau pemotong daging. Kejadian yang berlaku tersebut disedari oleh pegawai polis di kampus berkenaan dan kemudiannya menembak pelajar tersebut.
[caption id="attachment_4209" align="alignnone" width="526"]
Penyerang telah ditembak mati oleh polis di kampus berkenaan.[/caption]
Berikutan kejadian tersebut, media Amerika melaporkan sebelas orang telah dirawat di hospital dan seorang daripadanya disahkan berada dalam keadaan yang kritikal.
Untuk lebih informasi terkini berkaitan bidang pendidikan. Klik di sini.