
Afterschool
April 3, 2019
Berita baik kepada anda yang sedang mencari biasiswa, sama ada bagi peringkat sijil, diploma, ijazah, master atau PhD, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalin kerjasama dengan Afterschool.my untuk menghebahkan semua peluang biasiswa dan pembiayaan pendidikan terkini dalam dan luar negara menerusi portal rasmi www.moe.gov.my.

Sekiranya anda ingin menyemak senarai biasiswa dan pembiayaan yang ditawarkan, syarat kelayakan serta kaedah permohonan, anda kini boleh menyemaknya melalui 2 platform rasmi sahaja iaitu, laman biasiswa Afterschool.my : https://bit.ly/2FSxxs0 atau portal KPM https://bit.ly/2UboD1O.
Dengan adanya platform rasmi ini, ianya dapat memudahkan permohonan selain mengelakkan anda daripada memohon biasiswa palsu yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi mana-mana pihak yang ingin melaksanakan tanggungjawab sosial selain mencari bakat baru melalui penawaran biasiswa, boleh berhubung terus menerusi emel ke scholarships@afterschool.my .