
Biasiswa MybrainSc adalah salah satu program yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang sedang atau akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa di universiti awam.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menghasilkan lebih ramai saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran sekali gus melahirkan cendekiawan bertaraf dunia dan diikitiraf sebagai Nobel Laureate.
[caption id="attachment_4117" align="aligncenter" width="726"]
Wan Ramli Wan Daud (kiri), Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat (tengah) dan Siti Kartom Kamaruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara saintis Malaysia yang diiktiraf dunia menunjukkan buku rekod pencapaian anugerah The World's Most Influential Scientific Minds 2016.[/caption]
KELAYAKAN PERMOHONAN BIDANG PENGAJIAN
Kelayakan permohonan adalah hanya pada bidang pengajian berikut sahaja:
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan kepada tiga kategori tahap pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (master) dan PhD.
PhD
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon.
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan.
- Calon sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
IJAZAH SARJANA (MASTER)
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon.
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
IJAZAH SARJANA MUDA
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon.
- Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level.
- Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT.
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
IKATAN PERJANJIAN BIASISWA
- Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
- Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan ganti rugi ke atas calon sekiranya.
- Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini.
- Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
