
Afterschool
February 22, 2016
Penemuan 'ombak gravitasi' dari pertembungan dua lubang hitam oleh Advanced Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) penemuan yang menggegarkan dunia sains khususnya astrofizik.
Ini membuktikan teori yang dibuat oleh tokoh sains terkemuka, Albert Einstein pada 1915 dalam teori relativitinya tepat, dan salah seorang dari pasukan ini ialah seorang saintis dari Machang, Kelantan, bernama Hafizah Noor Isa, 29 tahun.
Beliau bersama dengan pasukan IGR dari University of Glasgow bersama-sama dengan ramai lagi saintis menemui penemuan terhebat sains pada abad ke-21 ini.
Tugas Hafizah ialah mengkaji bahan yang akan digunakan untuk membina alat yang mengesan ombak gravitasi tersebut, iaitu LISA Pathfinder sebelum data tersebut dihantar ke makmal GEO600 di Hanover, Jerman.