
Afterschool
March 22, 2016
Nistor berkata kerajaan Romania sentiasa membangunkan industri pelancongannya termasuk menawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di negara itu kepada penuntut antarabangsa dan mempromosikan destinasi pelancongannya melalui Pesta MATTA di sini.
"Bagi peminat sejarah dan percutian, Romania adalah tempat terbaik buat mereka kerana adanya bangunan bersejarah dan aktiviti luar untuk memburu dan memancing.
"Bagi Malaysia, Romania dilihat sebagai satu nama asing kerana rakyatnya tidak terdedah kepada keindahan negara kami,"katanya kepada pemberita selepas program bual bicara Bernama TV di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pada 2014, lebih 9,000 pelancong Romania melawat Malaysia, yang jumlahnya adalah dua kali ganda lebih berbanding pelancong Malaysia ke Romania.