logo
logo

    Courses

    Institutions

RM16.8 juta untuk biasiswa - Pemuda MIC

Afterschool

Afterschool

June 23, 2016





Pemuda MIC menawarkan RM16.8 juta biasiswa untuk membantu 1,500 pelajar India yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. PUTRAJAYA 20 JUNE 2016. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menerima replika cek dari Ketua Pegawai Eksekutif Megatech International College, C. Murugan (kanan) ketika majlis pelancaran Program Biasiswa Pemuda MIC 2016 di Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran (dua kiri) dan Datuk T Mohan (kiri). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH Biasiswa Pemuda MIC terbahagi kepada tiga: biasiswa diskaun yuran pelajar, biasiswa penuh, dan biasiswa separa. Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata program tersebut adalah kerjasama MIC dengan beberapa institut pengajian tinggi swasta seperti HELP University, Binary University, Segi University, Kuala Lumpur Metropolitan University College serta 26 pusat latihan kemahiran di negara ini.