logo
logo

    Courses

    Institutions

Raja Perlis Tawar 50 Biasiswa kepada Pelajar Seluruh Negara

Afterschool

Afterschool

September 9, 2018





Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan 50 biasiswa diraja kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

 

 

Keseluruhan jumlah biasiswa dianggarkan bernilai 5 Juta bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian sekaligus pembangunan pendidikan negara. Dengan penganugerahan sebanyak 50 biasiswa ini, membuktikan keprihatinan Raja Perlis dalam memartabatkan pendidikan negara. 

 

Mengenai kriteria calon dan kursus pengajian, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang terlebih dahulu menghadap baginda Raja Perlis di Istana Arau berkata, UIA dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan bersama-sama memperincikan kriteria calon yang layak selain turut mencadangkan bidang pengajian kepada bakal penerima biasiswa.

 

 

Beliau turut  menambah keutamaaan akan diberikan kepada pemohon B40 dari seluruh negara termasuk anak-anak Perlis yang layak. Anda yang mungkin berniat melanjutkan pengajian ke peringkat PhD digalakkan untuk menyambung pengajian di UIA dan merebut biasiswa yang ditawarkan ini. Kepada yang ingin mengetahui biasiswa terkini yang ditawarkan dan masih dibuka selain pinjaman /biasiswa daripada kerajaan negeri masing-masing, boleh klik pada senarai dibawah.

 

Biasiswa & Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Semua Kerajaan Negeri

Biasiswa terkini yang dibuka melibatkan semua peringkat pengajian

Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu! - Afterschool.my

Tip Temu duga Biasiswa yang Wajib Anda Tahu! - Afterschool.my

Semoga berjaya!.