logo
logo

    Courses

    Institutions

PWTPN dikatakan alternatif terbaik untuk PTPTN

Afterschool

Afterschool

August 26, 2016





Sistem pembiayaan pendidikan tinggi ini telah digunakan semasa era pemerintahan Islam. PWTPN dikatakan alternatif terbaik untuk PTPTN Akhbar Harakah melaporkan mekanisme pinjaman semasa melalui PTPTN bukan lagi cara terbaik untuk membiayai pendidikan tinggi. Menolak tepi soal hutang, akhbar tersebut memfokuskan kepada "tambahan" bayaran yang dilihat sebagai beban kepada graduan institusi pengajian tinggi di negara ini. Semasa persidangan Pemuda PAS pada bulan Jun baru-baru ini, sistem wakaf telah dicadangkan untuk menjadi teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi. "The National Education Dana Waqf Corporation", atau Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) telah dikemukakan sebagai alternatif untuk menggantikan PTPTN. Universiti Al-Qarawiyin di Fes, Maghribi yang dibina pada tahun 859 merupakan universiti pertama yang dibina berdasarkan sistem wakaf yang sama, diikuti oleh Universiti Al-Azhar di Kaherah, yang dibina pada tahun 969. Cadangan untuk menubuhkan sistem wakaf untuk pendidikan tinggi bukan sahaja untuk mengelakkan tanggungan beban hutang tambahan selepas tamat pengajian, tetapi juga untuk menyediakan peluang sama rata kepada pelajar untuk meneruskan pengajian. Pada masa yang sama ia bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan semua pihak bagi membentuk modal insan demi asas pembangunan Negara. Parti politik tersebut mencadangkan sistem wakaf PTWPN dilancarkan kepada orang ramai atas dasar konsensus dan dibangunkan berdasarkan prinsip "fastabiiqul-khairat". Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PTPTN di sini. Baca tentang PBBU Yayasan Bank Rakyat di sini.