
Afterschool
February 23, 2016
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.
Ketua pegawai eksekutif MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose (gambar, tengah) berkata sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.
Putrajaya dilaporkan perlu membelanjakan RM3 juta untuk melahirkan ahli akademik bertaraf profesor.
Menurut akhbar Kosmo! yang melaporkan berita ini, Malaysia mempunyai 2,254 profesor, dengan 1,867 orang berkhidmat di universiti awam.