
Afterschool
April 11, 2016
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata kebajikan pelajar tetap diutama dengan memberi peluang kepada 200,000 pelajar yang layak berasaskan syarat tertentu tahun ini.
“PTPTN masih mampu membiayai kebajikan penuntut seperti yang dijanjikan, malah jangan percaya dengan dakyah menerusi laman sosial yang memperlekeh segala usaha yang dilaksanakan PTPTN.
Shamsul Anuar berkata, sebanyak RM5.6 bilion dana disediakan tahun ini bagi memberi pinjaman kepada pelajar baharu yang telah ditawarkan belajar di semester yang bermula baru-baru ini termasuk diberikan kepada peminjam sedia ada.
Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lepas.
--Ismaweb