
Afterschool
July 20, 2016
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan kerajaan akan bersikap lebih adil dan telus kepada peminjam PTPTN yang gagal membuat bayaran.
Menurutnya, mereka ini disaran untuk berjumpa pihak PTPTN bagi membuat penjadualan semula bayaran. Tambah beliau, peminjam yang telah dikenakan tindakan terdiri daripada mereka yang langsung tidak berjumpa pihak PTPTN untuk membincangkan masalah yang mereka hadapi.
Ditanya tentang perkembangan kutipan bayaran balik, beliau menyatakan yang kutipan kini semakin meningkat.
Beliau turut menegaskan PTPTN akan sentiasa menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan demi memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada memperoleh pendidikan lebih tinggi.