
Afterschool
July 1, 2016
Sebagai ejen, pelajar akan menerima komisen 15 peratus dan 25 peratus untuk setiap akaun baru yang dibuka. Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, mahasiswa yang berminat hanya perlu mendaftar di https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate.
Menurutnya lagi, jadual kerja yang fleksibel selain tidak melibatkan trasaksi tunai akan memudahkan lagi pelajar. PTPTN menyasarkan pendaftaran 4,000 ejen menjelang hujung tahun ini.
