
Afterschool
February 28, 2017
Program Jaringan Sosial Pendidikan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari 2017. Program berbentuk perkongsian ini melibatkan guru-guru kaunselor daripada sekolah-sekolah negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur.
Untuk pengetahuan anda, program ini merupakan salah satu inisiatif Afterschool untuk berkongsi dengan lebih mendalam mengenai platform perkongsian informasi pendidikan kepada guru-guru kaunselor. perkongsian itu menjurus kepada bagaimana Afterschool boleh membantu pelajar menentukan hala tuju pendidikan mereka selepas SPM atau STPM sama ada dari segi memilih kursus pengajian yang tepat, memilih pra-universiti dan sebagainya. Dengan perkongsian tersebut, guru-guru kaunselor yang hadir boleh berkongsikan dengan pelajar-pelajar di sekolah masing-masing kelak.
Ramai dalam kalangan guru-guru mahu pun anda sendiri mengenali Afterschool sebagai sebuah laman portal melalui media sosial iaitu Facebook. Namun sebenarnya, Afterschool bukan sahaja menyediakan platform perkongsian pendidikan menerusi portal tetapi juga melalui penerbitan tiga majalah pendidikan setiap tahun iaitu majalah Ulang Kaji SPM, Top Careers (mengikut industri utama) dan Panduan Masuk IPT.
[caption id="attachment_67353" align="alignnone" width="800"]
Encik Rofii bin Hussein, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyampaikan ucapan penghargaan.[/caption]
[caption id="attachment_67354" align="alignnone" width="800"]
Encik Saidi bin Saari, Penolong Pengarah Kanan Bidang Bimbingan dan Kaunseling Murid Unit HEM menyampaikan ucapan penghargaan.[/caption]
Majalah Ulang kaji SPM merupakan majalah yang berkongsikan soalan-soalan peperiksaan SPM bermula dengan soalan peperiksaan 5 tahun yang lepas. Soalan-soalan tersebut merangkumi soalan percubaan SPM serta soalan SPM yang sebenar sepanjang tempoh 5 tahun. Perkongsian berkenaan bermatlamat untuk membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.
Majalah pendidikan yang kedua adalah Top Careers, Top Careers dicetak sebanyak 10 ribu naskhah dan turut diedarkan secara percuma ke sekolah-sekolah yang terpilih. Matlamat penerbitan majalah ini adalah untuk membantu pelajar memilih kursus yang tepat berdasarkan top industri yang manakah menyediakan peluang pekerjaan yang luas selain tangga gaji yang lumayan apabila mereka menamatkan pengajian kelak. Maka tiadalah istilah menganggur dalam kamus hidup mereka.
Majalah pendidikan yang ketiga adalah Panduan Masuk IPT. Majalah ini mengandungi senarai keseluruhan universiti awam di Malaysia, fakta mengenai pra universiti seperti program asasi, matrikulasi, STPM, diploma dan Program Pendidikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), syarat kelayakan, cara permohonan menerusi UPU selain institusi swasta di Malaysia yang menawarkan program teknik dan vokasional. Tujuan penerbitan majalah ini adalah untuk membantu pelajar memilih kursus selain universiti mengikut minat serta kelayakan mereka selain cara untuk memohon di laman rasmi permohonan kemasukan di laman UPU.
[caption id="attachment_67361" align="alignnone" width="800"]
Yang Berbahagia Datuk Arif bin Nun, Pengerusi Times Media Sdn Bhd menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Saidi bin Saari, Penolong Pengarah Kanan Bidang Bimbingan dan Kaunseling Murid Unit HEM.[/caption]
[caption id="attachment_67363" align="alignnone" width="800"]
Yang Berbahagia Datuk Arif bin Nun, Pengerusi Times Media Sdn Bhd menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Rofii bin Hussein, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[/caption]
Disebabkan cetakan yang terhad, ketiga-tiga majalah ini hanya diedarkan ke sekolah-sekolah yang terpilih sahaja di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Antara sekolah di Wilayah Persekutuan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Cochrane.
Antara sekolah-sekolah di sekitar negeri Selangor seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuda Klang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar, Klang dan lebih 160 buah sekolah lagi. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar atau guru-guru daripada sekolah yang tidak menerima edaran majalah ini boleh memuat turun secara percuma di laman portal kami di bahagian Muat Turun Percuma.
Diharapkan, dengan perkongsian berkenaan, guru-guru kaunselor dapat membantu pelajar-pelajar menentukan hala tuju mereka selepas menamatkan alam persekolahan kelak. Kami juga di pihak warga Afterschool mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan guru-guru. Maklum balas positif yang diterima, ramai guru-guru kaunselor menjemput Afterschool untuk memberikan Careers Talk, kepada pelajar. Anda pelajar pula bagaimana?. Berminat ke jika Afterschool pergi ke sekolah anda?. Jika berminat nyatakan nama sekolah anda dibahagian komen!.