Program Ijazah Dalam Negara: Ia merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.
Permohonan akan dibuka secara
online mulai Mei 2016.
- Warganegara Malaysia,
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
- Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama; dan
- Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).