
Afterschool
July 28, 2016
Calon SPM 2016 tidak akan menikmati lagi tajaan biasiswa Bursary kerajaan untuk tahun 2017. Ini berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang memutuskan untuk menghentikan program ini bagi tahun 2017.
Program ini masih akan diteruskan untuk kesemua 714 lepasan SPM 2015 yang mendapat keputusan 9A+. Program ini juga telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan beberapa perubahan telah dilakukan antaranya, pelajar hanya boleh menyambung pengajian di IPT tempatan.
Penajaan akan diberikan untuk program peringkat persediaan/Asasi dan seterusnya ke peringkat Ijazah Pertama. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah Klinikal dan Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Permohonan boleh dilakukan secara online di laman rasmi UPU . Pemohon juga perlu mengemas kini profil mereka dalam sistem e-profil untuk membuat permohonan.