
Afterschool
May 16, 2016
Para guru, katanya lagi, harus melalui saringan yang ketat seperti perlu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tinggi dan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal tinggi dalam menghadapi cabaran mendidik yang sebenar kelak.
"Setiap tahun lebih 100,000 belia memohon untuk menjadi guru, namun tidak lebih daripada 10,000 orang sahaja yang akan terpilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi mahupun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
" Contohnya di negara barat, ada di antara guru yang mengajar di peringkat tadika dan sekolah rendah mempunyai kelulusan PhD, ini merupakan suatu yang dilihat mampu memberi kualiti terhadap pembelajaran yang dilakukan," katanya.
--Bernama
