logo
logo

    Courses

    Institutions

Politeknik diberi kuasa autonomi tahun depan

Afterschool

Afterschool

May 13, 2016





Politeknik diberi kuasa autonomi  tahun depan dalam pengurusan dan pentadbirannya, menurut ketua pengarah Jabatan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohlis Jaafar. politeknik Ini adalah sebahagian dari rancangan desentralisasi agar politeknik mempunyai kuasa sendiri dalam pengurusan, latihan, kewangan dan soal jawatan di institusi tersebut. "Oleh itu, politeknik akan melalui pelan transformasi untuk melaksanakan kuasa autonominya, sekaligus mengubah struktur politeknik untuk menjadi badan staturori seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan 2013-2025," katanya lagi. Menurutnya, sebagai badan yang menjalankan pendidikan TVET terbesar, langkah-langkah tersebut sedang dilaksanakan oleh Jabatan Politeknik bagi memastikan rancangan itu terlaksana. --Daily Express AS-Q&A-600x200- (1)