
Afterschool
March 6, 2017
Berita baik kepada pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke institusi awam, Tarikh permohonan telah dilanjutkan. Berita baik ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi yang membuat hebahan menerusi kenyataan akhbar.
Permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti akan dilanjutkan sehingga 05 April 2017 (Rabu) jam 11.59 malam berikutan tarikh terkini keputusan SPM 2016 yang akan diumumkan pada 16 Mac 2017. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem UPUOnline di URL http://upu.mohe.gov.my
Selain itu, turut dilanjutkan tarikh akhir pembelian No. Unik ID di BSN iaitu pada 04 April 2017. Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 15.64 (termasuk GST) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan.
Mulai Sesi Akademik 2017/2018, permohonan kemasukan ke USM dan UM bagi Lepasan STPM/Setaraf adalah melalui Sistem UPUOnline http://upu.mohe.gov.my
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) juga turut membuka kaunter khidmat runding permohonan kemasukan UA/Politeknik Premier di bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras Tanah, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 W.P. Putrajaya mulai 10 Mac hingga 05 April 2017 dari jam 08:30 pagi hingga 04:30 petang (waktu dan hari bekerja sahaja) untuk memudahkan pemohon mendapatkan sebarang info berkaitan permohonan.
Kemudahan “Hotline” turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan. Info lanjut menerusi kenyataan akhbar boleh dilihat dengan klik di sini.