
Afterschool
April 5, 2017
Disebabkan oleh gangguan yang dialami semalam, pihak UPU mengambil keputusan untuk melanjutkan permohonan UPU sehingga 6 April 2017, jam 5.00 petang. Jadi kepada anda yang kurang yakin, boleh kemaskini semula permohonan dan klik butang hantar semula.
Anda sedang mencari biasiswa yang bersesuaian? Daftar profil bersama kami sekarang!
Selepas kemas kini dan klik butang hantar, pastikan anda mencetak semula slip permohonan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang menyebabkan permohonan anda tidak diterima oleh sistem. Maklum lah sistem ini bukan manusia. Jadi anda ikut sahaja arahan UPU untuk mengemaskini semula dan klik butang hantar dan cetak semula slip permohonan.