logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan Pinjaman Pendidikan negeri Melaka Dibuka Sekarang

Afterschool

Afterschool

May 31, 2018





Permohonan pinjaman pendidikan negeri Melaka untuk sesi Mei sedang dibuka dan bakal ditutup pada 31 Jun 2018 manakala sesi November, pada 31 Disember 2018. Kepada anda rakyat melaka yang bakal melanjutkan pengajian, bolehlah mengemukakan pinjaman pendidikan dibawah kerajaan negeri anda.

 

 

Berikut adalah senarai IPT awam dan swasta yang layak memohon pinjaman pendidikan negeri Melaka :

Senarai IPT Yang Layak Memohon Pinjaman
Singkatan
1
AKADEMI LAUT MALAYSIA
ALAM
2
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI INDONESIA
3
INST. PENGAJIAN TINGGI ISLAM & BHS ARAB (MADIWA) (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
MADEWA
4
INST. PENGAJIAN TINGGI ISLAM JOHOR (MARSAH) (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
MARSAH
5
INST PEN. TINGGI ISLAM PERLIS (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
IPTIP
6
KOLEJ ANTARABANGSA DMDI
DMDI
7
KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
KAYM
8
KOLEJ IKIP (Bidang Pengajian Islam Sahaja)
IKIP
9
KOLEJ KOMUNITI KEM. PENDIDIKAN
KKKP
10
KOLEJ RISDA (Bidang Pertanian sahaja)
KOLEJ RISDA
11
KOLEJ UNITI (UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM)
KOLEJ UNITI
12
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
KUIN
13
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (PENGAJIAN ISLAM SHJ)
KUIS
14
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
KUIM
15
MELAKA INTERNATIONAL COLLEGE OF SCIENCE & TECHNOLOGY (MICOST)
MICOST
16
POLITEKNIK
POLITEKNIK
17
STAMFORD COLLEGE (MALACCA) SDN BHD
STAMFORD
18
UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (INDONESIA)
UIN INDONESIA
19
UNIVERSITI AL AZHAR, MESIR
AL AZHAR
20
UNIVERSITI AL-BAYT, JORDAN
UNIV.AL-BAYT
21
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
UIAM
22
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UKM
23
UNIVERSITI MALAYA
UM
24
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
UMK
25
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
UMP
26
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
UNIMAP
27
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UMS
28
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
UNIMAS
29
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
UMT
30
UNIVERSITI MULTIMEDIA MALAYSIA
MMU
31
UNIVERSITI MU'TAH, JORDAN
UNIV. MU'TAH, JORDAN
32
UNIVERSITI OF YARMOUK, JORDAN
UNIV. YARMOUK
33
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UPSI
34
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
UNIV.PNM
35
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UPM
36
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
UPM SRWK
37
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
USIM
38
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
USM
39
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
UNISZA
40
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UTeM
41
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTM
42
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
UiTM
43
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM
44
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UUM
45
YAYASAN PELAJARAN JOHOR (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
YPJ

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

 

Permohonan yang layak dipertimbangkan mestilah terdiri daripada "ANAK NEGERI MELAKA" yang ditakrifkan seperti berikut:

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka; atau
  • Ibu atau / dan bapa pemohon lahir Negeri Melaka; atau
  • Menetap di dalam Negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Hanya pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA dan IJAZAH sahaja yang boleh memohon secara atas talian (online). Sila pastikan institusi/universiti yang anda ditawarkan tersenarai di dalam tajaan pinjaman.
  • Telah diterima masuk ke universiti/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan
  • Lulus dengan baik peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia
  • Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi TAPEM.
  • Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.

 

CARA PERMOHONAN

 

  • Borang permohonan boleh didapati di pejabat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), di alamat No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka 
  • Permohonan yang telah lengkap diisi (secara manual atau online) perlu disertakan bersama salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil persekolah yang telah disahkan. Semua dokumen tersebut hendaklah sampai ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh permohonan ditutup.

 

Kepada anak negeri Melaka, tidak perlu tunggu lagi mohon lah pinjaman pendidikan ini. Tidak perlulah berebut membuat pinjaman PTPTN lagi.