logo
logo

    Courses

    Institutions

Permohonan Pendaftaran Online ke Tahun Satu Ambilan Tahun 2019/2020 Dibuka Sekarang

Afterschool

Afterschool

March 4, 2018





Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020, sistem permohonan secara atas talian telah pun dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

 

 

Jadi kepada ibu bapa yang sibuk tidak sempat hadir untuk membuat permohonan secara manual di sekolah, bolehlah mengemukakan permohonan melalui atas talian ini. Menerusi artikel ini juga kami turut kongsikan soal jawab selan panduan pendaftaran atas talian seperti mana yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

1.  
Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
   
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2.  
Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
   
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
3.  
Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
   
Ibu bapa dan penjaga.
4.  
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
   
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.
5.  
Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
   
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
6.  
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
   
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
7.  
Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
   
E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)
8.  
Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
   
Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

 

 

Semoga perkongsian ini, membantu memudahkan ibu bapa terutamanya yang bekerjaya tanpa perlu mengabaikan perancangan pendidikan anak masing-masing. Untuk terus ke laman pendaftaran, sila klik pada pautan berikut : https://public.moe.gov.my/