Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2017 Institut Pendidikan Guru Ditunda ke 23 Mac 2017!
Afterschool
March 19, 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia membuat penguguman penundaan tarikh permohonan bagi Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Atas Talian (online).
Seperti mana yang telah disiarkan di akhbar tempatan pada 12 Mac 2017, permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Atas Talian adalah pada 20 Mac 2017.
Permohonan kemasukan ke program tersebut telah ditunda kepada 23 Mac 2017 (2.00 Petang) hingga 30 Mac 2017 (11.59 Malam). Permohonan boleh dilakukan pada tarikh tersebut di URL https://pismp.moe.gov.my.
Kepada yang tidak sabar-sabar tersebut, nantikan tarikh 23 Mac ini pada jam 2.00 petang untuk membuat permohonan. Jangan lupa!