
Afterschool
July 18, 2016
Kamu dinasihatkan untuk menyemak kursus yang ditawarkan, lokasi dan syarat kelayakan di sini sebelum memohon.
Okey, dah selesai lihat syarat kelayakan, jom ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:
| 1. Pastikan kamu ada nombor MyKad, alamat surat menyurat, no. telefon & emel semasa, keputusan SPM/STPM/Diploma atau kelayakan lain dan maklumat lengkap ibu bapa. |
| 2. Pastikan kamu telah memilih program yang ingin diikuti di KPTM. |
| 3. Layari laman ini untuk membuat permohonan online. |
| 4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Ruang * wajib diisi ya! |
| 5. Klik ruang 'Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar...' Ingat, permohonan hanya akan diproses setelah ruang ini diisi. |
| 6. Klik 'Submit' setelah kamu yakin dengan semua maklumat yang diisi. |
| 7. Di paparan pilihan program, buat pilihan program mengikut keutamaan. Permohonan kamu akan diproses mengikut urutan pilihan berdasarkan kelayakan akademik. |
| 8. Hanya SATU program akan ditawarkan. |