
Afterschool
February 26, 2018
Berita baik kepada guru-guru yang berminat merasai pengalaman tinggal di negara orang dengan pembiayaan percuma, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah membuka tawaran ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2018. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kemungkinan guru yang terpilih akan berada di Korea bermula pada bulan Ogos- November 2018.


Pertukaran guru ini bakal memberikan pengalaman yang baru untuk mengenali dengan lebih dekat sistem pendidikan di Korea memandangkan guru-guru yang terpilih akan ditempatkan mengajar di sekolah-sekolah terpilih di korea. Jadi apa tunggu lagi, peluang keemasan ini tidak seharusnya dilepaskan oleh guru-guru untuk menimba ilmu baru ditempat orang seterusnya dapat mengaplikasikan di sekolah masing-masing selepas tamatnya program berkenaan.

Kepada guru-guru yang berminat, permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing.
Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 02 April 2018 (Isnin) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:
Pengambilan KOMTEP2018,
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Untuk mendapatkan borang permohonan, info lanjut dan sebagainya, sila KLIK DISINI. Untuk lihat pengalaman guru yang pernah mengikut program ini ke Korea, sila KLIK DISINI.