Permohonan kemasukan program Kolej Vokasional KPM di ILKS ambilan Jun 2016
Permohonan kemasukan program Kolej Vokasional KPM di ILKS ambilan Jun 2016 telah dibuka untuk lepasan SPM 2015.
Syarat umum
- Warganegara Malaysia
- Bersekolah di sekolah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Telah menduduki ujian Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) Tahun 2015, yang merangkumi PT3, PS, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
- Sihat tubuh badan.
- Bebas dari penyakit kronik.
- Tidak rabun/buta warna.
- Bebas dari masalah mental.
- Berminat dengan program yang dipohon.
Syarat khusus
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred D bagi matapelajaran Bahasa Malaysia dan Gred D bagi Kemahiran Hidup, dan
- Memperoleh Band 3 dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah - PS).
Tempat ditawarkan
- Klang, Selangor (Teknologi Mekatronik)
- Bukit Beruntung, Selangor (Collision Repair Reengineering Technician)
- Cyberjaya, Selangor (Kesan Khas Visual, Animasi 2D)
- Tabuan Jaya, Sarawak (Penjanaan Kuasa Elektrik)
- Muara Tabuan, Sarawak (Subsea Welding Technology, Oil and Gas Welding Technology)
- Pengkalan Chepa, Kelantan (Aviation)
- Kemaman, Terengganu (Teknologi Marin, Kejuruteraan Kapal)
Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Ambilan Jun 2016 mulai 2 Mei hingga 12 Mei 2016 secara online. Sila layari laman sesawang KPM di
www.moe.gov.my