
Akademi Laut Malaysia 2017 membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Maritim di ALAM. Calon-calon yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di ALAM akan dilatih sepenuhnya seterusnya berpeluang untuk menjadi Kapten kapal atau Ketua Jurutera di syarikat-syarikat perkapalan terkemuka di dunia.
Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Kepada anda yang berminat untuk memohon perlu memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh ALAM mengikut kategori program pengajian :
(Klik untuk info program)
- Memperolehi minimum 5C (kredit) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan 1 subjek lain sama ada Matematik Tambahan/Kimia/Biologi. (Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Diploma digalakkan memohon)
- Bujang (lelaki & Perempuan), berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Jun 2017
- Sihat mental, fizikal dan kesihatan
- Minimum ketinggian adalah 158 cm dan minimum berat adalah 48 kg bagi lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Minimum ketinggian adalah 155 cm dan minimum berat adalah 42 kg bagi perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang bantuan alat penglihatan (Contact Lens atau Kaca Mata)
(Klik untuk info program)
- Memperolehi minimum C (kredit) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik (Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Diploma digalakkan memohon)
- Bujang (lelaki & Perempuan), berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Jun 2017
- Sihat mental, fizikal dan kesihatan
- Minimum ketinggian adalah 158 cm dan minimum berat adalah 48 kg bagi lelaki (BMI: 18.5-24.9)
- Minimum ketinggian adalah 155 cm dan minimum berat adalah 42 kg bagi perempuan (BMI: 18.5-24.9)
- Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang bantuan alat penglihatan (Contact Lens atau Kaca Mata)
CARA MEMOHON
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, boleh muat turun borang permohonan ALAM dengan klik disini. Isikan dengan lengkap borang permohonan berkenaan dan emel kan semula kepada alamintake@alam.edu.my sebelum 9 April 2017.
Sekiranya anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga, sila klik di sini untuk melihat sampel Ujian Kemasukan ke ALAM. Anda perlu menduduki Ujian kemasukan ini sebelum anda terpilih untuk menghadiri sesi temuduga. Sekiranya anda gagal, anda tidak akan dapat meneruskan proses temuduga.
ALAM juga mengingatkan supaya anda membuat persediaan untuk sesi temu duga dengan membuat sedikit pembacaan melakukan beberapa kajian mengenai kursus yang anda ingin memohon (Pengajian Nautika atau Kejuruteraan Marin) dan juga berkaitan bidang perkapalan dan industri maritim secara umum. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengambilan Sekretariat di 06-3882 307/314.
BIASISWA DALAM & LUAR NEGARA TERKINI
Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)
Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017! (SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Asasi)
Biasiswa Petronas dalam & Luar Negara 2017
Biasiswa Bank Negara Malaysia 2017 (Peringkat Degree, Masters &PhD)
Biasiswa Khazanah Global & Khazanah Watan 2017
Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017
Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017
Tabung Pendidikan Elena Cooke 2017
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad
Biasiswa Kerajaan Dibawah MyBrainsc untuk Pelajar Aliran Sains Kini Dibuka
Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand
Biasiswa ASEAN (Ditawarkan oleh Kerajaan Singapura)
Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda)
Biasiswa KPMG ASEAN 2017
Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017
Biasiswa Yayasan Peneraju 2017
Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM Feruni Ceramiche) 2017
Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) untuk Melanjutkan Pengajian
Biasiswa Kerajaan Korea
Biasiswa Kecemerlangan Universiti Manchester
Biasiswa Karangkraf 2017!
Biasiswa Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) 2017
Faculty of Engineering Excellence Scholarships (FEES) at University of Strathclyde, UK
Biasiswa Xiamen Universiti 2017
International Excellence Undergraduate Scholarship UK
Amcorp Study Grant 2017
Khazar University International Scholarship Program