
Afterschool
September 7, 2016
Ingin membantu orang mengukir senyuman di wajah mereka? Adakah anda suka membantu orang merawat masalah pergigian, tidak kira warga muda atau tua? Kursus Pergigian akan mendedahkan anda kepada cara untuk mendiagnosis, memperbaiki, memulihkan dan juga mendidik pesakit mengenai cara betul penjagaan gigi dan gusi.
Sesetengah kolej pergigian mengadakan temu duga dengan calon-calon untuk menilai sifat-sifat yang perlu ada seperti keinginan untuk membantu orang, keupayaan untuk bergaul dengan baik, keyakinan diri, keupayaan untuk berdepan cabaran dan keupayaan untuk bekerja sendiri.
SPM:
Peringkat universiti:
Kod-kod jenis personaliti ini ialah sekadar panduan. Amalkan berunding dengan kaunselor sekolah anda untuk mendapat nasihat lebih lanjut.
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi.
Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini.
Kod Holland Vocational: SIR (Social, Investigative, Realistic)
Ambil ujian RIASEC di laman web ini.
Dengan kelulusan kursus pergigian, anda mempunyai peluang untuk menjadi:
Tahap Permulaan: RM 3,00 RM 5,500 Profesional: RM 7,000 hingga RM 18,000
Salah satu institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia, Kumpulan BP Healthcare, akan melabur RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyediakan rangkaian penjagaan pergigian terbesar di negara ini. Klinik gigi pertama akan dibuka pada minggu kedua bulan September di Pusat Pakar BP di Glenmarie, Shah Alam, diikuti dengan tiga lagi klinik di pusat rawatan pakarnya di Cheras, Klang dan Ipoh pada bulan November. Dalam masa 3 tahun akan datang, akan ada 50 klinik pergigian di seluruh negara.