Hala tuju
Perbankan ialah kursus yang mengajar tentang sistem bank dan kewangan yang kamu akan gunakan apabila bekerja di sektor kewangan dan perbankan nanti.
Fokus matapelajaran
SPM:
- Matematik
- Ekonomi Asas
- Prinsip Akaun
Universiti:
- Ekonomi
- Kewangan
- Perbankan
Personaliti
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Boleh semak carta Myers-Briggs kamu di sini.
Holland Vocational Code: ESR (Enterprising, Social, Realistic)
Boleh semak RIASEC di sini.
Info karier
Karier di sektor ini mendedahkan kamu terhadap situasi globalisasi dalam perbankan dunia, dimana transaksi wang berjumlah billion dolar melintasi sempadan sebagai asas ekonomi dan pasaran kewangan dunia.
Tidak seperti konvensional, cara bank Islam beroperasi ialah tidak melibatkan riba' (faedah) dan menggunakan syariat Islam sebagai panduan perbankan.
Gaji
Permulaan: RM 2,250 to RM 3,035
Professional: RM 9,000 to RM 14,500
Peluang kerja
Bekerja di pejabat bukanlah sepatutnya tipikal untuk seorang pekerja bank. Dengan lebih banyak bank membuka cawangan di negara ini, menurut Persatuan Bank-Bank Seluruh Malaysia mengatakan peluang pekerjaan dalam sektor ini meningkat menjelang tahun 2020.
Setakat ini, bank terbesar di negara ini ialah Maybank dengan lebih 2,100 cawangan di 17 negara dengan 42,000 orang pekerja, sementara CIMB Group pula mempunyai 40,000 orang pekerja di 15 buah negara.
Persatuan Bank-Bank Seluruh Malaysia
Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)