logo
logo

    Courses

    Institutions

Peperiksaan Darjah 1,2,3 Dimansuhkan Mulai Tahun Depan- Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

Afterschool

Afterschool

October 31, 2018





Menerusi akaun twitter rasmi Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini, beliau memaklumkan bermula pada tahun depan peperiksaan bagi murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 akan dimansuhkan. Peperiksaan yang dimansuhkan tersebut bakal digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif. Berikut kami kongsikan tweet berkenaan :

 

 

Penilaian secara objektif yang dimaksudkan itu belum dinyatakan secara spesifik lagi, sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada beliau kelak. Berikutan dengan penguguman berkenaan, pelbagai reaksi positif dan negatif dapat dilihat. Berikut kami kongsikan antara reaksi netizen :

 

 

Disebalik sokongan positif kepada perubahan berkenaan, terdapat juga yang mempersoalkan selain mengharapkan pentaksiran yang akan dilaksanakan dirancang dengan baik supaya tidak membebankan semua pihak yang terlibat :

 

 

Penguguman ini juga dilihat serentak dengan pemansuhan sistem peperiksaan yang turut dilaksanakan oleh Singapura bagi murid tahun 1 dan 2. Untuk makluman, Singapura adalah antara negara ranking terbaik dunia dalam bidang pendidikan. Pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa rencana sistem pendidikan negara mereka sememangnya berkesan dan boleh dijadikan acuan dalam perancangan sistem pendidikan negara kita. 

 

 

Diharapkan dengan perubahan ini kelak, dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cerdik pandai tetapi beradab. Sama-sama kita nantikan penguguman rasmi berkaitan silibus pentaksiran terbaru itu kelak.