
Afterschool
December 30, 2016
Penjelasan mengenai Programme for International Student Assesment (PISA) yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi, dimana Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan, Malaysia mencatatkan keputusan peningkatan sedangkan hakikatnya Malaysia dikeluarkan daripada senarai itu telah mengundang pertanyaan dari ramai pihak. Banyak pihak yang menuntut penjelasan berkaitan isu itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Chong Sin Woon menjelaskan "Walaupun Malaysia terkeluar daripada senarai itu, tetapi keputusan yang diperolehi adalah meningkat berbanding sebelum ini.
"Satu badan telah ditubuhkan untuk mengumpul segala maklumat berkata isu ini dan akan dibentangkan dalam masa yang terdekat, " ujarnya ketika menghadiri sidang media selepas majlis penutup JCI (Malaysia Partnership Summit), semalam.
Sementara itu, Chong tetap mempertahankan tindakan kementeriannya yang mengugumkan laporan peningkatan PISA tersebut kerana apa yang dicatatkan adalah benar. Beliau memaklumkan Malaysia mengikut segala protokol dan prosuder yang ditetapkan oleh OECD (badan yang menganjurkan ujian PISA). Namun, hanya beberapa sekolah sahaja yang memberi maklum balas dan menduduki ujian tersebut sehingga Malaysia dikeluarkan daripada senarai tersebut.