logo
logo

    Courses

    Institutions

Pengisian data 10% markah kokurikulum bagi calon SPM Sekolah Swasta, MRSM, Maktab Tentera Diraja & Sekolah Agama Negeri 2016 telah Dibuka!

Afterschool

Afterschool

December 30, 2016





Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dipertanggugjawabkan untuk menguruskan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Sekolah Menengah bagi edisi 2016 dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)- Aplikasi Pengumpulan Data Murid (APDM). Sistem ini dilaksanakan secara dalam talian dan dikenal pasti sebagai Sistem PBS: PAJSK-SPS-APDM.

  picture2  

Kepada guru-guru yang ditugaskan untuk mengisi permarkahan bagi 10 % markah kokurikulm bagi calon SPM sekolah swasta, MRSM, Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) bagi tahun 2016, pautan portal telah dibuka bermula pada 16 Disember lalu sehingga bulan 15 Januari Februari tahun hadapan. Klik Aplikasi Mengumpul Data Kokurikulum untuk ke portal berkenaan.

  dsc02877  

Sebelum ini sistem ini hanya dibuka untuk sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja dan BKK hanya menyediakan sistem luar talian bagi sekolah swasta, MRSM, MTD, SAN. Kini sistem atas talian telah dibangunkan untuk memudahkan pihak pentadbir sekolah.

 

dsc02889

 

Untuk makluman, Sistem ini digunakan bagi tujuan pengumpulan data kokurikulum untuk melayakkan pelajar masuk ke Universiti Awam bagi sesi 2016/2017. Oleh itu, semua pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat wajib mengisi maklumat ini kerana kegagalan mengisi data berkenaan akan menyebabkan pihak BKK gagal menghantar maklumat dan data kepada Bahagian Pengambilan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi.