
Afterschool
June 2, 2016
Turut dimaklumkan juga bermula PPA Sesi 2 Tahun 2016, peperiksaan perkhidmatan bagi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan dilaksanakan mengikut 3 kategori pengkhususan berikut:
i) Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah);
ii) Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas); dan
iii) Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (Asrama).
Calon PPM yang layak dikehendaki mendaftar mengikut kategori pengkhususan yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.