
Afterschool
March 24, 2016
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A. Rahman berkata ketika ini, ramai pemilik klinik mengambil pembantu premis yang sekurang-kurangnya merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Mereka tiada pengalaman dan kemahiran. Jadi, kita bimbang mungkin akan berlaku kesilapan termasuk semasa memberi ubat.
"Walaupun doktor klinik memberi transkripsi ubat kepada pembantu, tetapi ada sesetengah premis, doktornya tidak melihat semula ubat yang pembantu tersebut beri kepada pesakit," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Farmasi dan Sains Kesihatan 2016 di sini, hari ini.
Dalam sidang medianya Eisah berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 18,000 ahli farmasi menjelang 2020 untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan berkesan diberi kepada rakyat.
Ketika ini, negara hanya mempunyai 13,500 ahli farmasi dan ia bersamaan dengan nisbah seorang ahli farmasi bagi 2,500 penduduk.
"Kalau mahu menjadi negara maju, nisbah ahli farmasi kepada penduduk adalah seorang ahli farmasi untuk 2,000 pesakit," katanya.