logo
logo

    Courses

    Institutions

Peluang Besar Lepasan STPM untuk ke Universiti - Pengerusi MPM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak

Afterschool

Afterschool

March 7, 2018





Keputusan keseluruhan STPM telah diumumkan semalam dan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) telah meningkat kepada 2.76 berbanding 2.71 pada tahun 2016. Tahniah kami ucapkan kepada anda yang berjaya lulus dengan jayanya. Berikut adalah peningkatan peratusan/jumlah PNGK calon. 

 

PNGK

2016

2017

4.00

565 calon (1.31%)

485 calon (1.13%)

3.50 dan ke atas

6,137 calon (14.30%)

6,408 calon (14.89%)

3.00 dan ke atas

16,263 calon (37.62%)

17,423 calon (40.48%)

 

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak yang mengumumkan keputusan STPM 2017 di Putrajaya semalam berkata, "Saya menjangkakan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam adalah lebih besar kerana peningkatan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada 2016". Jadi kepada anda lepasan SPM yang masih ragu-ragu bolehlah fikirkan semula  untuk mengambil STPM kerana peluang untuk berjaya dalam permohonan UPU untuk pengajian ijazah kelak sangatlah tinggi.

 

Foto : Harian Metro

 

Pihak MPM juga turut memberi penghargaan kepada 10 buah sekolah terbaik SPM 2017 iaitu :

 

  • 1. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  • 2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan
  • 3. SMK Hua Lian, Taiping, Perak
  • 4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
  • 5. SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
  • 6. SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang
  • 7. SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan
  • 8. SMA Maarif, Besut, Terengganu
  • 9. SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan
  • 10. SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor

 

Kepada lepasan STPM, anda bolehlah merujuk pada artikel berkaitan dibawah bagi memudahkan membuat permohonan UPU tanpa melakukan sebarang kesilapan. 

STPM Sukar? Fakta atau Mitos? - Afterschool.my

Struktur Lengkap Pengajian di Tingkatan 6 (STPM) - Afterschool.my

Permohonan ke Tingkatan Enam - Afterschool.my

Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!

Majoriti biasiswa dalam dan luar negara yang ditawarkan sekarang untuk pengajian ijazah, ditawarkan kepada lepasan STPM. Jadi untuk semak senarai biasiswa terkini yang layak dimohon, boleh klik laman biasiswa kami : AFTERSCHOOL BIASISWA. Semoga berjaya kami ucapkan.