
Afterschool
April 20, 2016
Penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah oleh para peguam terutamanya ketika perbicaraan perlu diperluaskan, selaras dengan Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Adzis Abas sehubungan itu menyarankan ahli-ahli akademik meneliti kembali panduan istilah perundangan yang sesuai digunakan dalam bahasa Malaysia.
Katanya, hal ini kerana penggunaan bahasa Malaysia di dalam mahkamah masih belum sempurna dan perlu diperluaskan secara menyeluruh.
“Masih ada institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam pembelajaran dan ini menyukarkan bakal peguam untuk memahami istilah perundangan dalam bahasa Malaysia.
“Semenjak 59 tahun negara mencapai kemerdekaan, masyarakat masih dihimpit oleh perdebatan sosial mengenai relevannya penggunaan bahasa Malaysia dalam bidang kehakiman dan undang-undang di negara ini, jadi saya berpendapat pandangan ini perlu diubah,” katanya.
--Utusan