
Afterschool
June 28, 2016
Justin Jason Barnabas, wakil daripada 150 pelajar, telah membuat usul kepada Dato’ Sri Najib Razak untuk mengembalikan Program Renowned University, juga dikenali sebagai Program Ivy League dan Setara Scholarship.
Isu ini adalah hasil daripada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memberhentikan pemberian biasiswa luar negara pada 20 Januari lepas berikutan pengurangan pendapatan kerajaan.
Barnabas mencadangkan agar sekurang-kurangnya 30 daripada mereka diberikan biasiswa di bawah program Ivy League.
Dato’ Sri Najib menjawab rayuan itu dengan mengatakan yang analisa bajet dan perbincangan dengan kementerian terbabit perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan boleh dicapai.
