logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar MARA akan terus ke luar negara

Afterschool

Afterschool

April 5, 2016





Pelajar MARA akan terus ke luar negara: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan mengurangkan jumlah tajaan pelajarnya, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat. Logo-Majlis-Amanah-Rakyat-MARA, Pelajar MARA akan terus ke luar negara Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun berkata, MARA akan menjalankan kajian dan dasar baharu bagi memilih negara alternatif untuk menaja pelajarnya berikutan keadaan ekonomi negara ketika ini. Antaranya, beliau berkata MARA akan melihat kepada negara yang kos sara hidup lebih rendah tetapi mempunyai kualiti pengajian dan pembelajaraan yang tinggi. "Contohnya, kita kurangkan penghantaran pelajar di United Kingdom, sebaliknya menghantar pelajar ke negara lain seperti India kerana kos sara hidup lebih rendah," katanya menjawab soalan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun). --Berita Harian