logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar Malaysia dapat tempat ke-6 terbaik dunia dalam ACCA

Afterschool

Afterschool

August 29, 2016





Seorang lagi pelajar Malaysia mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila menjadi pelajar ke-6 terbaik dunia dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) nabilah Pelajar UiTM Shah Alam, Nurul Nabilah Abdul Jalil, 21 mencatat keputusan cemerlang dalam kertas P2 (Corporate Reporting). Nurul Nabilah juga adalah pelajar terbaik negara untuk peperiksaan tersebut. Pada 2014, Nurul Nabilah telah mendapat Anugerah Naib Canselor UiTM selepas berjaya menjadi pelajar terbaik untuk peperiksaan Certified Accounting Technicians (CAT). Dia berhasrat mengambil dua kertas akhir ACCA iaitu P4 (Advanced Financial) and P6 (Advanced Taxation) pada bulan Disember untuk melengkapkan program ACCA. Kata Nurul Nabilah, rahsia kejayaannya tidak lain tidak bukan, ialah sentiasa berdisiplin dan perlu sentiasa lakukan "latihan, latihan dan latihan".