logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar lemah SPM wajib pilih teknikal

Afterschool

Afterschool

May 10, 2016





Ikut jejak langkah negara Korea Selatan. skillsInvite_about1 Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar syorkan agar kerajaan mewajibkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pengajian dalam bidang akademik supaya menyambung pengajian mereka ke institusi yang menawarkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Beliau memberi alasan bahawa pasaran industri kini banyak menumpukan kepada graduan yang mempunyai lulusan kemahiran dan teknikal. Katanya lagi, ibu bapa dan pelajar harus buang pandangan lapuk bahawa siswazah berkemahiran dan teknikal tidak setanding dengan kerjaya bidang lain. Siswazah dari bidang teknikal yang memiliki kemahiran tertentu ditawarkan gaji yang lumayan antara RM1,200 hingga RM15,000 bergantung kepada kelayakan dan pengalaman. AS-Biasiswa-600x200- (1) AS-Q&A-600x200- (1)